Program Ekelas @ School Skyk Bersama Maxis 2019

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2019 yang lalu, Pusat Internet Yan Kechil bersama maxis telah bekerjasama mengadakan satu program ekelas @school di Sekolah Kebangsaan Yan Kechil. Program tersebut telah dihadiri oleh 150 orang pelajar tahun 5 dan tahun 6. Program ini berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengadakan taklimat advokasi maxis berkaitan ekelas.

Program ini juga turut memberi pendedahan tentang bahan/ aktiviti yang terkandung dalam kelas digital ekelas serta hadiah menarik disetiap aktiviti. Kelas pada kali ini lebih menekankan tentang panduan pendaftaran ekelas sekaligus program ini memberi tunjuk ajar berkaitan ICT kepada semua pelajar dan dapat mempromosikan kemudahan-kemudahan yang tersedia di Pusat Internet Yan Kechil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali